Latar belakang Pertempuran_Varna

Kerajaan Beraja Hungary mengalami krisis selepas kemangkatan Raja Sigismund pada tahun 1437. Menantu lelaki dan pewaris baginda, Raja Albert, memerintah hanya untuk dua tahun dan mangkat pada tahun 1439, meninggalkan janda baginda Elizabeth dengan anakanda yang belum lahir, Ladislaus the Posthumous. Para bangsawan Hungary melantik Raja Władysław III dari Poland yang masih muda menaiki takhta Hungary, mengharap bantuan baginda untuk mempertahankan diri dari Uthmaniyyah. Selepas pertabalan untuk takhta Hungary, baginda tidak kembali lagi ke tanah air asal baginda, menyerahkan pemerintahan Hungary kepada seorang bangsawan yang berpengaruh yang bernama John Hunyadi.

Selepas ekspedisi yang gagal pada tahun 1440–42 menentang Belgrade dan Transylvania, dan kekalahan dalam "kempen panjang" kepada Hunyadi pada tahun 1442–43, sultan Uthmaniyyah Murad II menandatangani sebuah perjanjian damai selama 10 tahun dengan Hungary. Selepas baginda berdamai dengan Emiriah Karaman di Anatolia pada bulan Ogos 1444, baginda turun dari takhta dan menyerahkannya kepada paduka putera baginda yang berusia 12 tahun, Mehmed II.

Bimbang akan serangan Uthmaniyyah daripada sultan Uthmaniyyah yang baru dan tiada pengalaman, Hungary berkejasama dengan Venice dan Paus Eugene IV untuk to mengatur pasukan tentera salib baru yang diketuai oleh Hunyadi dan Władysław III. Selepas menerima berita ini, Mehmet II menyedari bahawa baginda masih terlalu muda dan tidak berpengalaman untuk menentang perikatan ini. Baginda memanggil semula Murad II kembali untuk menaiki takhta dan mengetuai tentera di medan peperangan, tetapi Murad II enggan. Murka kepada ayahanda baginda yang telah lama bersara untuk hidup sederhana di barat daya Anatolia, Mehmed II bertitah menulis, "Jika ayahanda Sultan, berangkatlah dan ketuai tentera ayahanda. Jika anakanda Sultan, anakanda dengan ini menitahkan ayahanda berangkat dan ketuai tentera anakanda." Hanya selepas menerima surat ini, Murad II bersetuju untuk mengetuai tentera Uthmaniyyah.

Rujukan

WikiPedia: Pertempuran_Varna http://www.ashgate.com/subject_area/downloads/samp... http://books.google.com/?id=Y-noOrtrox4C&pg=PA275&... http://books.google.com/?id=fWs_AQAAIAAJ&pg=PA173&... http://books.google.com/?id=ta3Nj6_qIUAC&pg=PR17&l... http://books.google.com/?id=ta3Nj6_qIUAC&pg=PR17&l... http://books.google.com/?id=xeuaoghuq3cC&dq=varne+... http://www.mek.oszk.hu/01900/01919/html/cd4a/kepek... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=P... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Battle...